Jalsah adalah program Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS), Fakulti Pengajian Islam, UKM yang memberi ruang kepada para pensyarah, pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah JPQS untuk membentangkan isu-isu semasa berkaitan al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

User Login

AHLI JAWATAN KUASA JALSAH 2011

On Wednesday, October 6, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah akan mengadakan Forum Perdana JALSAH kali-2 pada 7 Oktober 2010 (Khamis) bertajuk:

DI MANAKAH LELAKI SEJATI??

Maklumat lanjut berkenaan forum adalah sebagaimana berikut:



On Saturday, October 2, 2010

On


ASSALAMUALAIKUM w.b.k.

Pertandingan mencipta "LOGO JALSAH"

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada pelajar Fakulti Pengajian Islam SAHAJA.
  • Adanya perkataan Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (bahasa Melayu @ Arab) atau JALSAH.
  • Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. hanya SATU logo akan di pilih sebagai pemenang utama.
  • Reka bentuk logo adalah hasil ciptaan ASLI dan mengikut KREATIVITI masing-masing.
  • Logo yang dikemukakan hendaklah kreatif, inovatif dan berunsur Islam.
  • Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan PENJELASAN maksud logo.
  • Keputusan akhir penilaian oleh panel penilai adalah MUKTAMAD.
  • Tarikh akhir penyertaan adalah sebelum 6 Oktober 2010.
  • Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke pejabat Pengajian al-Quran & al-Sunnah.
* Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai RM 100.

On Wednesday, September 29, 2010

Assalamu'alaikum w.b.t

JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH 15 (9/2010)

Alhamdulillah, setelah agak lama berhenti rehat, JALSAH kembali lagi dengan tajuk yang menarik iaitu Bahaya Islam Liberal Terhadap Masyarakat Islam Malaysia. JALSAH 15 kali ini akan dibentangkan oleh al-Fadilah Ustazah Tengku Intan Zarina Tengku Puji.




Semua dijemput hadir.

On Wednesday, September 8, 2010

On Thursday, August 26, 2010

Assalamualaikum w.b.t




Pihak kami ingin membuat makluman di atas pertukaran maklumat yang terdapat pada iklan Forum Ramadhan Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah, sebagaimana berikut:

Moderator:
Ustaz Sabri Mohamad

Ahli Panel:

Prof Madya. Dr Ismail Yusoff

Ustaz Fadlan Mohd. Othman

Forum akan bermula pada jam 5.30 petang

FORUM DAN IFTAR INI ADALAH KHUSUS UNTUK

JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN & AL-SUNNAH

Sekian, Harap Maklum.

On Saturday, August 21, 2010

INOVASI ILMU

Pembentang: Dr. Azwira Abd Aziz
Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah, FPI, UKM

“Inovasi Ilmu” merupakan tajuk yang dipilih oleh Dr Azwira Bin Abd Aziz dalam pembentangannya pada Jalsah ke-14. Pembentang memulakan bicaranya dengan ucapan alu-aluan diikuti dengan mengajak hadirin yang hadir untuk merenung sejenak sepotong ayat al-Qur’an di dalam surah al-mujadalah 58: 11 dan menghayati kepentingan ilmu. Sebagaimana firman Allah SWT:


Kemudian diikuti dengan kupasan pengertian inovasi dari sudut bahasa dan istilah dari sudut bahasa Arab dan bahasa Melayu yang keseluruhannya membawa maksud pembaharuan. Seterusnya beliau menjelaskan hakikat ilmu menurut Imam Shafie yang mengatakan bahawa “ilmu adalah suatu yang bermanfaat dan bukan apa yang dihafal” dan manusia perlu kepada dua ilmu yang bermanfaat iaitu ilmu keagamaan dan ilmu keduniaan. Imam Shafie mentakrifkan ilmu keagamaan dengan ilmu halal dan haram sementara ilmu keduniaan pula ialah ilmu perubatan.

Di samping itu, Iman Shafie menyatakan bahawa manusia bebas berinovasi dalam perkara keduniaan selagimana perkara itu boleh memberi manfaat. Namun demikian, ianya berbeza dalam perkara keagamaan. Sesungguhnya manusia tidak bebas berinovasi dalam perkara keagamaan. Perkara keagamaan tersebut ialah perkara yang telah diamanahkan kepada Rasul untuk diajarkan kepada manusia yang merangkumi tentang akidah, syariat dan akhlak. Dalilnya terdapat daripada potongan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “sekiranya sesuatu perkara itu berkaitan dengan keduniaan kamu, maka terpulanglah kepada kamu untuk menyelesaikan sendiri, tetapi sekiranya berkaitan dengan perkara agama kamu, maka rujuklah kepadaku”. Pembentang juga menjelaskan syarat berinovasi dan garis panduannya dalam perkara agama menurut Imam Shafie iaitu mesti menepati al-Qur’an, al-Sunnah, al-Athar, Ijma’ dan prinsip syariat.

Bagi memberikan kefahaman kepada hadirin, pembentang telah mendatangkan satu contoh inovasi dalam perkara keduniaan yang berkaitan dengan prasarana kehidupan iaitu tentang sebuah kereta. Oleh kerana sebuah kereta itu tidak mempunyai kaitan dengan perkara keagamaan maka kereta tersebut boleh diubahsuai, diperbaharui dan sebagainya selagimana ia dapat memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Manakala contoh yang diberikan dalam inovasi agama yang menepati garis panduan inovasi keagamaan ialah tentang pengumpulan al-Qur’an pada zaman Saidina Abu Bakar yang dicadangkan oleh cUmar al-Khattab. Walaupun pada peringkat awalnya ramai sahabat yang ragu-ragu untuk menerima cadangan Umar kerana takut untuk melakukan perkara bidcah dalam agama sedangkan perkara ini tidak bertentangan dengan garis panduan inovasi. Namun akhirnya, pengumpulan al-Qur’an dijalankan setelah meneliti kepentingan dan keperluan untuk mengumpulkan al-Qur’an pada zaman tersebut dan pengumpulan al-Qur’an tersebut memberi faedah yang besar kepada umat Islam pada hari ini.

Kemudian diikuti pula dengan contoh inovasi keagamaan dalam perkara berkaitan aqidah yang menyalahi garis panduan iaitu pemikiran Wahdah al-Wujud yang menyatakan tiga daripada alam manusia itu ialah apabila manusia bersatu dengan Allah sedangkan kenyataan ini tidak wujud dalam al-Qur’an, al-Sunnah, al-Athar, Ijma’ dan prinsip syariat dan bersalahan dengannya. Namun begitu, pemikiran ini semakin menular dalam masyarakat umat Islam pada hari ini sehingga sukar untuk dibanteras dan dimurnikan lagi.

Sebelum mengakhiri perbincangan, pembentang membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa kita tidak boleh sewenang-wenangnya berinovasi dalam perkara-perkara keagamaan tetapi berinovasi dalam perkara keduniaan adalah digalakkan. Namun, apabila inovasi keagamaan itu menepati garis panduan yang telah ditetapkan, maka tidak wujud lagi istilah bid'ah hasanah tetapi ianya adalah Sunnah. Hasanah pula bukanlah sesuatu yang diukur dengan logik akal semata-mata tetapi ianya diukur dengan berlandaskan kaedah syara'. Pesanan daripada pembentang juga ialah jangan mematikan semangat berinovasi terutama untuk memantapkan akidah umat Islam pada masa yang akan datang.

Berikut adalah rakaman audio Jalsah 14 (8/2010):



On

On Saturday, August 14, 2010

Assalamualaikum w.b.k

JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH 14 [8/2010]


JALSAH & IFTAR INI ADALAH KHUSUS UNTUK JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN & AL-SUNNAH.
(Pensyarah, Kaki Tangan Sokongan, Pelajar, Prasiswazah, Sarjana & PHD)

On Tuesday, August 10, 2010


القراءات المشكلة: بين القبول والرفض

[Qiraat Musykilah: Antara Penerimaan dan Penolakan]

Pembentang: Ustaz Mohd Faizulamri Bin Mohd Saad,
Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM.


Pembentangan dimulakan dengan hamdalah, seterusnya dinyatakan definisi qira’at dan musykil. Qiraat menurut Syeikh Abu al-Fattah al-Qadiy ialah sebagai salah satu ilmu untuk mengetahui tatacara sebutan kalimah al-Qur’an dan bagaimana untuk menjayakan sebutan tersebut beserta cara pelaksanaannya. Qira’at ini tidak hanya memfokus pada Qira’at Mutawatirah bahkan ia bersifat terbuka.


Manakala musykil adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai maksudnya kecuali dengan penelitian yang mendalam setelah terdapatnya keperluan atau ia memerlukan kepada faktor luaran untuk menjelaskan maksud tersebut. Di samping itu juga, pembentang turut memberikan perbezaan pendapat antara al-Qur’an dan al-Qiraat. Ulama telah membahaskan isu tersebut dengan panjang lebar dengan pelbagai pendapat antaranya ialah Imam al-Zarkasyi, Dr.Salim Muhaysin dan ulasan Dr. Sya'ban.

Pengingkar Qiraat Qur’aniyyah menjadi kafir jika pengingkaran tesebut adalah Qiraat yang telah maqtu' kesahihan dan kemutawatirannya mencapai taraf sebagai المعلوم من الدين بالضرورة. Keingkaran bukan disebabkan sesuatu yang syubhah atau ketidakjelasan pada maklumat yang ada dan dalam pengingkar tahu kesabitan sesuatu Qiraat dan ia tetap dengan keingkaran tersebut.

Seterusnya perbincangan ini disertakan dengan contoh-contoh Qiraat Musykilah dari bacaan Imam Hamzah al-Kufi di dalam surah al-Nisa’: 1. Penolakan dari beberapa ulama nahu aliran Basrah adalah Ibn 'Atiyyah, al-Zamakhsyari dan al-Zajjaj berserta dengan alasan masing-masing dan pihak yang menyokong adalah Ibn Malik dan Ibn Hisham (ulama nahu), Ibn Jinni, Ibn Ya’ish, Abu Hayyan al-Andalusi al-Nahwi dan Imam al-Fakhr al-Razi.

Diikuti pula dengan contoh bacaan Imam Ibn Amir al-Shami di dalam surah al-An'am:137. Antara yang menolak mengenai bacaan ini ialah Ibn 'Atiyyah, Imam al-Tabari, al-Zamakhsyari dan al-Mubarrad. Manakala yang menyokong adalah Ibn Malik, Abu Hayyan, Ibn Jazari, al-Ashmuni, al-Suyuthi, al-Alusi dan Dr. al-Muhaymid.

Akhir sekali pembentang turut memperingatkan beberapa sikap bagi penuntut ilmu antaranya ialah menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memahami nas-nas al-Qur’an dengan baik, mengelak daripada suka menyalahkan ulama tetapi sebaliknya berusaha untuk mengumpulkan pandangan mereka, mempertahankan al-Qur’an setelah diketahui ia adalah mutawatir, mendalamai ilmu Qiraat supaya ia dapat berkembang pesat khusunya di Malaysia dan menganalisis tentang Qiraat Musykil agar al-Qur’an dapat dipertahankan dan dijaga dengan baik.



Berikut adalah rakaman audio JALSAH 13 (7/2010):

On Sunday, August 1, 2010

Assalamualaikum w.b.k

JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH 13 [7/2010]



SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR..

** Pelajar-pelajar tahun 3 Jabatan Pengajian Al-Quran dan al-Sunnah adalah di WAJIB kan hadir..

wassalam~

On Saturday, July 31, 2010

منكرو السنة – قديما و حديثا

[Anti Hadith Dulu dan Kini]

Pembentang: Ustaz Mohd Arif Bin Nazri

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM


Al-Fadil Ustaz Ariff memulakan pembentangan dengan membicarakan tentang anti hadith merupakan satu kemungkaran dan sebesar-besar bid’ah kerana ia merupakan cara untuk meruntuhkan agama Islam sedangkan Allah SWT memerintah kepada seluruh hambanya untuk berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk menyelamatkan diri manusia daripada fitnah akhir zaman. Di samping juga, ia merupakan ubat kepada perpecahan yang akan berlaku pada akhir zaman.

Wujudnya pelbagai golongan anti hadith sepanjang zaman. Terdapat golongan yang mengingkari keseluruhan hadith dikenali sebagai al-Rafidah dan terdapat juga golongan yang mengingkari sebahagian hadith sahaja. Bagi golongan yang mengingkari sebahagian hadith mereka akan memilih hadith-hadith yang mutawatir sahaja atau menolak khabar Ahad kerana mereka beranggapan khabar Ahad tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan sebagainya. Pelbagai alasan yang diberikan untuk tidak menerima hadith dalam kehidupan golongan anti hadith ini.


Permulaan benih-benih kewujudan golongan ini adalah pada zaman tabiin dalam beberapa peristiwa di mana telah terdapat beberapa orang yang ragu-ragu dengan al-Sunnah dan berpada dengan al-Qur'an. Pada awal Islam, golongan anti hadith ini muncul dalam kumpulan-kumpulan mazhab tertentu. Antaranya ialah al-Khawarij, al-Syiah dan al-Mu'tazilah. Namun kini, kumpulan-kumpulan ini beserta sebahagian kitab-kitab mereka telah pun terhapus.


Akan tetapi golongan anti hadith kini pula cuba untuk menghidupkan semula idea-idea golongan anti hadith terdahulu terutama idea Mu'tazilah. Kumpulan yang aktif terkini ini ialah kumpulan al-Ahbash. Mereka cuba menghidupkan kembali idea-idea Mu'tazilah yang telah dilupakan. Pengasasnya ialah 'Abdullah al-Harari al-Habashi.


Dalam pembentangan ini, Al-Fadil ustaz Ariff juga menceritakan sedikit latar belakang 'Abdullah al-Habashi dan menyatakan tokoh-tokoh terkenal kumpulan al-Ahbash dan asas-asas penting dalam kumpulan ini. Golongan ini juga mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan ulamak seperti Ibn Taimiyah, Imam al-Dhahabiyy, al-Albani dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, golongan al-Ahbash ini mewakili anti hadith dahulu dan kini.


Berikut adalah rakaman audio JALSAH 12 (6/2010):

On

Setiausaha Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (Sem 1 sesi 10/11), Puan Sakinah Saptu telah meletakkan jawatannya pada 27 Julai 2010.

Jawatan setiausaha Jalsah kini disandang oleh Saudari Nurul Akmaliah Zakaria.

Sekian. Harap Maklum.

On Wednesday, July 28, 2010

On Sunday, July 18, 2010

Bismillah

Alhamdulillah, Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (JIQ) kembali lagi setelah agak lama berhenti rehat kerana memberi laluan kepada cuti semester. Maka pada 22 Julai 2010 (Khamis), al-Fadhil al-Ustaz Mohd Arif Nazri akan memulakan pengisiannya dengan topik yang menarik iaitu Munkir al-Hadith Qadiiman wa Hadiithan [Anti Hadith Dulu dan Kini], bertempat di DK2.102 ATMA, UKM. Kesemua pensyarah dan pelajar UKM serta mana-mana individu yang berminat dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ilmu tersebut.






Untuk pengetahuan semua, menariknya JIQ kali ini ialah ianya telah menambah satu lagi unit baru iaitu Unit Penerbitan dan Informasi dan dianggotai oleh 10 ajk baru yang terdiri dari seorang pensyarah, 3 orang pelajar sarjana dan dibantu oleh 6 orang pelajar pra-siswazah, sebagaimana berikut:

Penyelaras Program:

Ustaz Fadlan bin Mohd Othman
Pensyarah JPQS, FPI,UKM.

Setiausaha:

Sakinah binte Saptu
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Timbalan Setiausaha:

Nurul Akmaliah binti Zakaria
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Protokol & Jemputan:

Ustaz Mohd Faizulamri bin Mohd Saad
Pensyarah, JPQS, FPI, UKM.

Timbalan Protokol & Jemputan:

Nurul Aqilah binti Abdul Rahman
Pelajar Pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI,UKM.

Publisiti & IT:

Noraishah binti P.Othman
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI,UKM.

Timbalan Publisiti & IT:

Muhammad Hilman bin Abd Halim
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI, UKM.

Penerbitan & Informasi:

Nuur Sa'adah binti Said
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Timbalan Penerbitan & Informasi:

Farah Shahidah binte Mohamed
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI, UKM.

Teknikal & Tugas-Tugas Khas:

Ahmad Naim bin Abdul Aziz
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI,UKM.

Timbalan 1:

Muhammad Faiz Fathi bin Asmori
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI, UKM.

Timbalan 2:

Muhammad Nur Adzim bin Amran
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI,UKM.

Jamuan & Cenderamata:

Nor Rahayu binti Mujahid
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM

Timbalan Jamuan & Cenderamata:

Siti Nur Fariza binti Jumari
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI,UKM.


Semoga dengan penambahan ajknya, diharap dapat memantapkan lagi program dan gerak kerja JIQ untuk semester ini dan pada masa-masa akan datang. Dengan itu, sokongan dan dorongan anda serta saranan dan kritikan yang membina sememangnya diharapkan oleh pihak kami agar JIQ dapat bergerak bukan sahaja dengan lebih baik tetapi dengan lebih cemerlang.

Sekian dahulu dari saya untuk kali ini, insya Allah bertemu kembali di lain ketika.

Wasslam.

On

Assalamualaikum w.b.k

JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH KALI KE 12 (6/2010)


Semua dijemput hadir.

** Program JIQ adalah wajib bagi pelajar tahun 3 Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM.

wassalam~

On Saturday, April 3, 2010

On Sunday, March 28, 2010


Assalamualaikum w.b.k

FORUM PERDANA JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH 1


Buat julung kalinya JIQ akan mengadakan Forum Perdana bagi sesi 2010. Butir-butir bagi forum tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 April 2010

Hari: Khamis

Masa: 9.00 am - 12.00pm

Moderator: Ustaz Fadlan Mohd Othman (UKM)

Ahli Panel: Dr Azwira Abd Aziz (UKM)
Dr Asri Zainul Abidin (USM)
Ustaz Wan Sohor Bani Leman (UIA)

Tempat: Bilik Senat,Canselori, UKM

Semua pelajar Prasiswazah, Siswazah, warga UKM dan sesiapa sahaja yang berminat dijemput hadir.

wassalam.

On Thursday, March 18, 2010

Assalamualaikum w.b.k


JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH KALI KE 11 (5/10)


Semua dipersilakan hadir.

*Program JIQ adalah wajib bagi pelajar tahun 3 Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM.

Wassalam

On Tuesday, March 9, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah kali ke-10 akan diadakan sebagaimana berikut:



Semua dipersilakan hadir.

*Program JIQ adalah wajib bagi pelajar tahun 3 Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM.

Wassalam

On Sunday, February 21, 2010

Assalamualaikum w.b.k

perhatian!!

kepada semua pelajar siswazah, pra-siswazah JPQS, FPI, UKM dan semua individu yang berminat. anda dijemput hadir ke program:
JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH 9 (3/2010)

Tajuk: KEFAHAMAN KONSEP IBTILA' DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN HIDUP MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH


Pembentang: Al-Ustaz Al-Fadil Sabri Mohamad

Tarikh: 25 Februari 2010

Masa: 3.00-4.30 pm

Tempat: DK 2 ATMA


**jamuan disediakan.

kehadiran anda amat di alu-alu kn:)



On Saturday, January 30, 2010


Assalamualaikum w.b.k

Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (JIQ) 8, (2/2010)

akan diadakan pada:

Hari: Khamis

Masa: 3-4.30 petang

Tempat: DK2 ATMA

*jamuan disediakan.

anda semua dijemput hadir.

wasalam.

On Friday, January 22, 2010

Assalamualaikum w.b.t


Selamat datang ke Blog Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (JIQ)


Program Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (JIQ) merupakan wadah untuk para ilmuwan mengutarakan pandangan dan buah fikiran mereka dalam bidang al-Quran, al-Hadith dan Qiraat. Program ini telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam kali ke-183 dan diamanahkan kepada Ustaz Fadlan Mohd Othman sebagai penyelaras program. Pada asalnya program ini dinamakan dengan Wacana Ilmiah dan kemudiannya ditukarkan kepada Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah.


Program ini telah dimulakan pada 11 Februari 2009 dan seterusnya ianya dijalankan sebanyak 6 sesi yang telah dibentangkan oleh para pensyarah dari Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan pensyarah dari universiti luar negara seperti Libya. Sehubungan itu, bagi merealisasikan program ini agar berjalan dengan lebih lancar satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada semester 1 sesi 2009/2010. Majoriti ahli jawatankuasa JIQ terdiri di kalangan pelajar Sarjana dan dibantu oleh dua orang pelajar pra-siswazah. Setiap ahli jawatankuasa mempunyai bidang tugas tersendiri bagi membantu penyelaras program dalam menjayakan JIQ agar dapat berjalan dengan lebih baik dan sistematik, sebagaimana berikut:


Penyelaras Program
Ustaz Fadlan Mohd Othman
Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM.

Setiausaha
Sakinah binte Saptu

Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.


Protokol & Jemputan
Ahmad Naim bin Abdul Aziz

Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Publisiti & IT
Noraishah binti Othman

Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Teknikal & Tugas-Tugas Khas

Mohd Fadhil bin Mohd Faudzi
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI,UKM.


Mohd Najib bin Syukri Saghiri
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.


Luqman Hakeem bin Rusdi
Pelajar pra Siswazah, JPQS, FPI, UKM.

Jamuan

NorFadzilah binti Halil
Pelajar pra Siswazah, JPQS, FPI,UKM.

Penyerahan Surat Pelantikan kepada AJK JIQ oleh Ustaz Fadlan Mohd. Othman


OBJEKTIF


Objektif program ini adalah untuk:


1- Mendedahkan kepada para pelajar tentang isu-isu semasa dalam bidang al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

2- Menggiatkan aktiviti-aktiviti dalam Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah bagi menambah aktiviti yang sedia ada.

3- Memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar Siswazah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah untuk membentangkan hasil kajian mereka.

4- Menyediakan platform untuk para ilmuwan dari luar Jabatan berkongsi maklumat berkenaan isu-isu semasa dalam bidang al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.



FOKUS PENGISIAN PROGRAM

Fokus program ini adalah seperti berikut:

1- Isu-isu semasa dalam bidang al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

2- Isu-isu yang tidak terkandung dalam subjek yang dipelajari dalam bilik kuliah tetapi perlu diberi penekanan.

3- Pendedahan kajian-kajian yang dibuat di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.


Harapan kami, semoga usaha murni ini memberikan manfaat kepada pelajar Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program ilmiah ini. Maka untuk sebarang pertanyaan, maklumbalas, cadangan dan pandangan boleh diemelkan kepada kami di alamat:

jiq_jpqs@yahoo.com


Bagi pihak kami, sememangnya amat mengalu-alukan pandangan dan saranan bagi penambaikan untuk program yang masih muda ini.


Sekian dahulu dari kami

Wassalam

Setiausaha JIQ



On Sunday, January 17, 2010


Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah 7 (1/2010)

Tajuk: I'jaz al-Quran Mengenai Kejadian Manusia Pembentang: Ustaz Akil Mohammed Ali

Tarikh: 18/01/10

Masa: 12.00 tgh/hr-130 ptg

Tempat: DK2 FPI,UKM

Semua dijemput hadir
.