Jalsah adalah program Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS), Fakulti Pengajian Islam, UKM yang memberi ruang kepada para pensyarah, pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah JPQS untuk membentangkan isu-isu semasa berkaitan al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

User Login

AHLI JAWATAN KUASA JALSAH 2011

On

Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah

Program Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (JIQ) merupakan wadah untuk para ilmuwan mengutarakan pandangan dan buah fikiran mereka dalam bidang al-Quran, al-Hadith dan Qiraat. Program ini telah diputuskan di dalam Mesyuarat Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam kali ke-183 dan diamanahkan kepada Ustaz Fadlan Mohd. Othman sebagai penyelaras program. Pada asalnya program ini dinamakan dengan Wacana Ilmiah dan kemudiannya ditukar kepada Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah(JIQ).

Program ini telah dimulakan pada 11 Februari 2009 dan seterusnya dijalankan sebanyak 6 sesi yang telah dibentangkan oleh para pensyarah dari Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dan pensyarah dari universiti luar negara seperti Libya. Bagi semester 2 sesi 2009/2010, Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah telah berjalan dengan lebih sistematik lantaran satu jawatankuasa khas telah dilantik oleh penyelaras program atas persetujuan Ketua Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, P.M Dr Muhd Najib Abdul Kadir. Majoriti ahli jawatankuasa JIQ terdiri di kalangan pelajar Sarjana dan dibantu oleh pelajar pra-siswazah.