Jalsah adalah program Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS), Fakulti Pengajian Islam, UKM yang memberi ruang kepada para pensyarah, pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah JPQS untuk membentangkan isu-isu semasa berkaitan al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

User Login

AHLI JAWATAN KUASA JALSAH 2011

On Saturday, July 31, 2010

منكرو السنة – قديما و حديثا

[Anti Hadith Dulu dan Kini]

Pembentang: Ustaz Mohd Arif Bin Nazri

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM


Al-Fadil Ustaz Ariff memulakan pembentangan dengan membicarakan tentang anti hadith merupakan satu kemungkaran dan sebesar-besar bid’ah kerana ia merupakan cara untuk meruntuhkan agama Islam sedangkan Allah SWT memerintah kepada seluruh hambanya untuk berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk menyelamatkan diri manusia daripada fitnah akhir zaman. Di samping juga, ia merupakan ubat kepada perpecahan yang akan berlaku pada akhir zaman.

Wujudnya pelbagai golongan anti hadith sepanjang zaman. Terdapat golongan yang mengingkari keseluruhan hadith dikenali sebagai al-Rafidah dan terdapat juga golongan yang mengingkari sebahagian hadith sahaja. Bagi golongan yang mengingkari sebahagian hadith mereka akan memilih hadith-hadith yang mutawatir sahaja atau menolak khabar Ahad kerana mereka beranggapan khabar Ahad tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan sebagainya. Pelbagai alasan yang diberikan untuk tidak menerima hadith dalam kehidupan golongan anti hadith ini.


Permulaan benih-benih kewujudan golongan ini adalah pada zaman tabiin dalam beberapa peristiwa di mana telah terdapat beberapa orang yang ragu-ragu dengan al-Sunnah dan berpada dengan al-Qur'an. Pada awal Islam, golongan anti hadith ini muncul dalam kumpulan-kumpulan mazhab tertentu. Antaranya ialah al-Khawarij, al-Syiah dan al-Mu'tazilah. Namun kini, kumpulan-kumpulan ini beserta sebahagian kitab-kitab mereka telah pun terhapus.


Akan tetapi golongan anti hadith kini pula cuba untuk menghidupkan semula idea-idea golongan anti hadith terdahulu terutama idea Mu'tazilah. Kumpulan yang aktif terkini ini ialah kumpulan al-Ahbash. Mereka cuba menghidupkan kembali idea-idea Mu'tazilah yang telah dilupakan. Pengasasnya ialah 'Abdullah al-Harari al-Habashi.


Dalam pembentangan ini, Al-Fadil ustaz Ariff juga menceritakan sedikit latar belakang 'Abdullah al-Habashi dan menyatakan tokoh-tokoh terkenal kumpulan al-Ahbash dan asas-asas penting dalam kumpulan ini. Golongan ini juga mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan ulamak seperti Ibn Taimiyah, Imam al-Dhahabiyy, al-Albani dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, golongan al-Ahbash ini mewakili anti hadith dahulu dan kini.


Berikut adalah rakaman audio JALSAH 12 (6/2010):

On

Setiausaha Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (Sem 1 sesi 10/11), Puan Sakinah Saptu telah meletakkan jawatannya pada 27 Julai 2010.

Jawatan setiausaha Jalsah kini disandang oleh Saudari Nurul Akmaliah Zakaria.

Sekian. Harap Maklum.

On Wednesday, July 28, 2010

On Sunday, July 18, 2010

Bismillah

Alhamdulillah, Jalsah Ilmiyyah Quraniyyah (JIQ) kembali lagi setelah agak lama berhenti rehat kerana memberi laluan kepada cuti semester. Maka pada 22 Julai 2010 (Khamis), al-Fadhil al-Ustaz Mohd Arif Nazri akan memulakan pengisiannya dengan topik yang menarik iaitu Munkir al-Hadith Qadiiman wa Hadiithan [Anti Hadith Dulu dan Kini], bertempat di DK2.102 ATMA, UKM. Kesemua pensyarah dan pelajar UKM serta mana-mana individu yang berminat dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ilmu tersebut.






Untuk pengetahuan semua, menariknya JIQ kali ini ialah ianya telah menambah satu lagi unit baru iaitu Unit Penerbitan dan Informasi dan dianggotai oleh 10 ajk baru yang terdiri dari seorang pensyarah, 3 orang pelajar sarjana dan dibantu oleh 6 orang pelajar pra-siswazah, sebagaimana berikut:

Penyelaras Program:

Ustaz Fadlan bin Mohd Othman
Pensyarah JPQS, FPI,UKM.

Setiausaha:

Sakinah binte Saptu
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Timbalan Setiausaha:

Nurul Akmaliah binti Zakaria
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Protokol & Jemputan:

Ustaz Mohd Faizulamri bin Mohd Saad
Pensyarah, JPQS, FPI, UKM.

Timbalan Protokol & Jemputan:

Nurul Aqilah binti Abdul Rahman
Pelajar Pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI,UKM.

Publisiti & IT:

Noraishah binti P.Othman
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI,UKM.

Timbalan Publisiti & IT:

Muhammad Hilman bin Abd Halim
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI, UKM.

Penerbitan & Informasi:

Nuur Sa'adah binti Said
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM.

Timbalan Penerbitan & Informasi:

Farah Shahidah binte Mohamed
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI, UKM.

Teknikal & Tugas-Tugas Khas:

Ahmad Naim bin Abdul Aziz
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI,UKM.

Timbalan 1:

Muhammad Faiz Fathi bin Asmori
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI, UKM.

Timbalan 2:

Muhammad Nur Adzim bin Amran
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI,UKM.

Jamuan & Cenderamata:

Nor Rahayu binti Mujahid
Pelajar Sarjana, JPQS, FPI, UKM

Timbalan Jamuan & Cenderamata:

Siti Nur Fariza binti Jumari
Pelajar pra siswazah (Tahun 3), JPQS, FPI,UKM.


Semoga dengan penambahan ajknya, diharap dapat memantapkan lagi program dan gerak kerja JIQ untuk semester ini dan pada masa-masa akan datang. Dengan itu, sokongan dan dorongan anda serta saranan dan kritikan yang membina sememangnya diharapkan oleh pihak kami agar JIQ dapat bergerak bukan sahaja dengan lebih baik tetapi dengan lebih cemerlang.

Sekian dahulu dari saya untuk kali ini, insya Allah bertemu kembali di lain ketika.

Wasslam.

On

Assalamualaikum w.b.k

JALSAH ILMIYYAH QURANIYYAH KALI KE 12 (6/2010)


Semua dijemput hadir.

** Program JIQ adalah wajib bagi pelajar tahun 3 Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, FPI, UKM.

wassalam~