Jalsah adalah program Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS), Fakulti Pengajian Islam, UKM yang memberi ruang kepada para pensyarah, pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah JPQS untuk membentangkan isu-isu semasa berkaitan al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

User Login

AHLI JAWATAN KUASA JALSAH 2011

On Tuesday, August 10, 2010


القراءات المشكلة: بين القبول والرفض

[Qiraat Musykilah: Antara Penerimaan dan Penolakan]

Pembentang: Ustaz Mohd Faizulamri Bin Mohd Saad,
Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM.


Pembentangan dimulakan dengan hamdalah, seterusnya dinyatakan definisi qira’at dan musykil. Qiraat menurut Syeikh Abu al-Fattah al-Qadiy ialah sebagai salah satu ilmu untuk mengetahui tatacara sebutan kalimah al-Qur’an dan bagaimana untuk menjayakan sebutan tersebut beserta cara pelaksanaannya. Qira’at ini tidak hanya memfokus pada Qira’at Mutawatirah bahkan ia bersifat terbuka.


Manakala musykil adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai maksudnya kecuali dengan penelitian yang mendalam setelah terdapatnya keperluan atau ia memerlukan kepada faktor luaran untuk menjelaskan maksud tersebut. Di samping itu juga, pembentang turut memberikan perbezaan pendapat antara al-Qur’an dan al-Qiraat. Ulama telah membahaskan isu tersebut dengan panjang lebar dengan pelbagai pendapat antaranya ialah Imam al-Zarkasyi, Dr.Salim Muhaysin dan ulasan Dr. Sya'ban.

Pengingkar Qiraat Qur’aniyyah menjadi kafir jika pengingkaran tesebut adalah Qiraat yang telah maqtu' kesahihan dan kemutawatirannya mencapai taraf sebagai المعلوم من الدين بالضرورة. Keingkaran bukan disebabkan sesuatu yang syubhah atau ketidakjelasan pada maklumat yang ada dan dalam pengingkar tahu kesabitan sesuatu Qiraat dan ia tetap dengan keingkaran tersebut.

Seterusnya perbincangan ini disertakan dengan contoh-contoh Qiraat Musykilah dari bacaan Imam Hamzah al-Kufi di dalam surah al-Nisa’: 1. Penolakan dari beberapa ulama nahu aliran Basrah adalah Ibn 'Atiyyah, al-Zamakhsyari dan al-Zajjaj berserta dengan alasan masing-masing dan pihak yang menyokong adalah Ibn Malik dan Ibn Hisham (ulama nahu), Ibn Jinni, Ibn Ya’ish, Abu Hayyan al-Andalusi al-Nahwi dan Imam al-Fakhr al-Razi.

Diikuti pula dengan contoh bacaan Imam Ibn Amir al-Shami di dalam surah al-An'am:137. Antara yang menolak mengenai bacaan ini ialah Ibn 'Atiyyah, Imam al-Tabari, al-Zamakhsyari dan al-Mubarrad. Manakala yang menyokong adalah Ibn Malik, Abu Hayyan, Ibn Jazari, al-Ashmuni, al-Suyuthi, al-Alusi dan Dr. al-Muhaymid.

Akhir sekali pembentang turut memperingatkan beberapa sikap bagi penuntut ilmu antaranya ialah menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memahami nas-nas al-Qur’an dengan baik, mengelak daripada suka menyalahkan ulama tetapi sebaliknya berusaha untuk mengumpulkan pandangan mereka, mempertahankan al-Qur’an setelah diketahui ia adalah mutawatir, mendalamai ilmu Qiraat supaya ia dapat berkembang pesat khusunya di Malaysia dan menganalisis tentang Qiraat Musykil agar al-Qur’an dapat dipertahankan dan dijaga dengan baik.



Berikut adalah rakaman audio JALSAH 13 (7/2010):