Jalsah adalah program Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS), Fakulti Pengajian Islam, UKM yang memberi ruang kepada para pensyarah, pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah JPQS untuk membentangkan isu-isu semasa berkaitan al-Quran, al-Hadith dan Qiraat.

User Login

AHLI JAWATAN KUASA JALSAH 2011

On Saturday, July 31, 2010

منكرو السنة – قديما و حديثا

[Anti Hadith Dulu dan Kini]

Pembentang: Ustaz Mohd Arif Bin Nazri

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, UKM


Al-Fadil Ustaz Ariff memulakan pembentangan dengan membicarakan tentang anti hadith merupakan satu kemungkaran dan sebesar-besar bid’ah kerana ia merupakan cara untuk meruntuhkan agama Islam sedangkan Allah SWT memerintah kepada seluruh hambanya untuk berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk menyelamatkan diri manusia daripada fitnah akhir zaman. Di samping juga, ia merupakan ubat kepada perpecahan yang akan berlaku pada akhir zaman.

Wujudnya pelbagai golongan anti hadith sepanjang zaman. Terdapat golongan yang mengingkari keseluruhan hadith dikenali sebagai al-Rafidah dan terdapat juga golongan yang mengingkari sebahagian hadith sahaja. Bagi golongan yang mengingkari sebahagian hadith mereka akan memilih hadith-hadith yang mutawatir sahaja atau menolak khabar Ahad kerana mereka beranggapan khabar Ahad tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan sebagainya. Pelbagai alasan yang diberikan untuk tidak menerima hadith dalam kehidupan golongan anti hadith ini.


Permulaan benih-benih kewujudan golongan ini adalah pada zaman tabiin dalam beberapa peristiwa di mana telah terdapat beberapa orang yang ragu-ragu dengan al-Sunnah dan berpada dengan al-Qur'an. Pada awal Islam, golongan anti hadith ini muncul dalam kumpulan-kumpulan mazhab tertentu. Antaranya ialah al-Khawarij, al-Syiah dan al-Mu'tazilah. Namun kini, kumpulan-kumpulan ini beserta sebahagian kitab-kitab mereka telah pun terhapus.


Akan tetapi golongan anti hadith kini pula cuba untuk menghidupkan semula idea-idea golongan anti hadith terdahulu terutama idea Mu'tazilah. Kumpulan yang aktif terkini ini ialah kumpulan al-Ahbash. Mereka cuba menghidupkan kembali idea-idea Mu'tazilah yang telah dilupakan. Pengasasnya ialah 'Abdullah al-Harari al-Habashi.


Dalam pembentangan ini, Al-Fadil ustaz Ariff juga menceritakan sedikit latar belakang 'Abdullah al-Habashi dan menyatakan tokoh-tokoh terkenal kumpulan al-Ahbash dan asas-asas penting dalam kumpulan ini. Golongan ini juga mengkafirkan sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan ulamak seperti Ibn Taimiyah, Imam al-Dhahabiyy, al-Albani dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, golongan al-Ahbash ini mewakili anti hadith dahulu dan kini.


Berikut adalah rakaman audio JALSAH 12 (6/2010):